Health Blog

Perkhidmatan Fisioterapi No 1 di Kuala Selangor - Pelan Rawatan Peribadi Untuk Membantu Pemulihan Anda

sakit kepala

Jenis sakit kepala dan apa anda perlu lakukan untuk kurangkan rasa sakit

December 30, 20241 min read

Boleh dikatakan hampir semua antara kita pernah mengalami sakit kepala, walaupun sakit kepala ini tidaklah serius, namun jika dibiarkan berlarutan akan mengganggu aktiviti harian kita.

Dan tahukah anda, sebenarnya terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di akaun Facebook.

Perkongsian info ini mendapat perhatian warga maya hingga telah dikongsikan lebih 8,200 kali

Mungkin selama ini ada yang menganggap sakit kepala sahaja mesti disebabkan rasa pening atau pusing.

Berikut merupakan empat jenis sakit kepala yang paling biasa berlaku.

SINUS

Sakit yang terasa di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung. Sakit ini akan rasa lebih teruk bila baring mengereng, bergerak secara mengejut dan pergerakan. Ia berlaku akibat jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.

TEKANAN

Sakit yang terasa dihadapan kepala, terasa seperti kepala diikat dan dihimpit. Aktiviti fizikal tidak membuat sakit bertambah teruk, berlaku akibat tekanan, kurang air dan otot tegang.

MIGRAIN

Terasa sakit berdenyut di sebelah kepala dengan tekanan di belakang mata. Biasanya akan rasa loya dan kabur mata. Rasa sakit menjadi lebih teruk dengan pergerakan dan aktiviti fizikal. Sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising.

CLUSTER

Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Apabila baring membuat sakit bertambah teruk. Berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.

sakit kepala

Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?

  • Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit

  • Kanak-kanak sering mengadu sakit kepala

  • Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.

  • Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah

  • Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan

  • Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam

Sumber : Public Health Malaysia

Back to Blog

LOCATION

No 19G, Jalan Warisan 1,

Taman Warisan,

45000 Kuala Selangor,

Selangor

CONTACT

Office : +603-3281-2697

Mobile : +6017-6082738

Email : [email protected]

HOURS

Mon - Sat : 9am - 6pm

Sun : Closed

Mawaddah Fisio is a physiotherapy and rehab centre that provides personalised treatment in a comfortable environment so people can be their best selves and discover meaningful opportunities.

No. 19, Ground Floor Jalan Taman, Jalan Warisan 1, Taman Warisan, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia